28 - 30 September 2022 - Kursus Akreditasi Amalan Pertanian Baik Tanaman Padi & Buah-buahan bagi Usahawan Jabatan Pertanian Negeri Sembilan ke Rompin, Pahang
Kursus ini telah disertai oleh wakil usahawan dari setiap daerah yang mempunyai projek tanaman padi & buah buahan .
Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada usahawan tentang kebaikan pensijilan myGAP / myOrganic. Ianya satu skim pensijilan yang dirangka oleh Jabatan Pertanian pada tahun 2002 untuk memberi pengiktirafan kepada ladang-ladang yang mengamalkan APB berkonsepkan mesra alam sekitar, menjaga kebajikan dan keselamatan pekerja bagi menghasilkan produk yang berkualiti, selamat dan sesuai dimakan. myGAP merupakan penjenamaan semula bagi menggantikan Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM). Skim ini dibangun berpandukan Malaysian Standard MS 1784:2005 Crop Commodities – Good Agricultural Practice (GAP)
Kami berkesempatan melawat projek tanaman padi dan buah buahan yang telah mendapat pensijilan di :
1)Projek Padi IADA, Sepayang
2)Projek Jambu Uncle Lang, Kuala Rompin