1 2 3

SEREMBAN , 14 MAC 2021 -   Program Walk About YB Datuk Seri Hj Ahmad bin Hamzah, Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan 1 ke Projek Pertanian Daerah Seremban.  YB Timbalan Menteri telah melawat projek tanaman Halia Bentong diusahakan oleh TS Millercle Plantation Sdn Bhd dan tanaman Vanilla yang diusahakan oleh N Nine Agrofarm. Projek Fertigasi Halia Bentong diusahakan di kawasan seluas 4 hektar di Jalan Seremban-Jelebu. Program ini turut disertai oleh En Khalid bin Ibrahim (Setiausaha Bahagian Pemasaran dan Ekspot MAFI), En Hisyam bin Yacob (Pengarah Pertanian Negeri Sembilan), Pn Asmizal Jaafar (Pengarah FAMA Negeri Sembilan), Pn Siti Hajar binti Ramlee (Pengarah LPNM Negeri Sembilan), Pn Umairah binti Abu Kasim, (Timbalan Pengarah Pertanian Negeri Sembilan) beberapa Kakitangan MAFI dan beberapa kakitangan Jabatan Pertanian Negeri Sembilan.

Projek yang dimulakan pada 2020 ini boleh menempatkan sehingga 20,000 polibeg halia Bentong. Antara produk yang dihasilkan halia keping dan beberapa jenis minuman berasaskan halia. Projek tanaman Vanilla diusahakan secara komersial di dalam rumah teduhan beserta sistem saliran yang sistematik di kawasan Mantau. Vanilla mula mengeluarkan hasil selepas 3 tahun ditanam.

 Semoga dengan kehadiran YB Timbalan Menteri ini dapat memotivasikan para pengusaha untuk meningkatkan lagi pengeluaran produk tanaman makanan.

mygov2
suk2
doa2
jpa2
moa2