PENGUMUMAN / HEBAHAN | |||
Adalah dimaklumkan sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara fasa 1, kaunter perkhidmatan Jabatan Pertanian telah beroperasi pada kadar 50% dan kehadiran pelanggan adalah secara temujanji. Walau bagaimanapun, perkhidmatan pengembangan pertanian masih dijalankan menerusi kaedah atas talian. Sebarang pertanyaan/isu berkaitan aktiviti pertanian dan industri makanan boleh dihubungi melalui talian telefon dan aplikasi facebook. Surat Pengesahan Keterlibatan Dalam Aktiviti Rantaian Pembekalan dan Pemasaran Keperluan Makanan Bagi Sub Sektor Tanaman boleh dimohon melalui aplikasi Sistem eGerakTani di pautan http://egeraktani.doa.gov.my/
Keterangan lanjut sistem ini boleh layari pautan berikut https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4204820966242659&id=119097911481672
|