ffs1 ffs4 ffs5 

 

KUALA PILAH, 8 DISEMBER 2020 - Kursus Farmers Free School Teknologi Cantuman Durian Sesi 2 telah diadakan di Pusat Pertanian Ampang Tinggi , Kuala Pilah. Seramai 30 orang peserta telah menyertai kursus ini. Tenaga pengajar yang terlibat ialah Encik Hasnur bin Haroon Pegawai Pertanian Daerah Kuala Pilah.

Peserta di beri pendedahan mengenai cara-cara pembiakan tampang seperti kaedah tut pada pokok limau bali, cantuman mata tunas, cantuman baji serta cantuman dewasa pada pokok durian .