g2  g6  g9 

 

REMBAU, 17 JANUARI 2019 - Seramai 72 orang Penolong Pegawai Pertanian Gred G29 telah menduduki Ujian Pengukuhan Kompetensi G29 yang julung kali diadakan oleh Jabatan Pertanian Negeri Sembilan.

Ujian ini adalah dari cetusan idea tuan Pengarah Pertanian Negeri, Encik Hisyam bin Yacob yang bertujuan meningkatkan kompetensi setiap Penolong Pegawai G29 yang lazimnya menjadi 'frontliner' Jabatan dengan ilmu berkaitan pertanian yang meliputi pelbagai bidang. Secara tidak langsung usaha ini dilihat dapat menyuntik semangat sentiasa bersiap sedia kepada semua pegawai sekiranya diajukan dengan pelbagai soalan oleh petani/pelanggan di lapangan selain daripada meningkatkan lagi ilmu teknologi pertanian para pegawai berkenaan.