PORT DICKSON,15 NOVEMBER - Hari Ladang Peringkat Daerah Port Dickson telah diadakan di Balai Informasi Pertanian Linggi.
Pelbagai aktiviti yang dijalankan antara taklimat mengenai Kumbang Palma Merah yang merupakan serangga perosak utam kelapa dan kursus pembuatan Bio Nutrien.
Disamping itu juga terdapat pameran dari jabatan serta agensi dan jualan produk pertanian
Hari Ladang tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato Abdul Rahman bin Mohd Redza ADUN Linggi. Turut serta adalah En. Mat Iesak bin Ngathinee, Pengarah Pertanian Negeri serta En Nurulhuda bin Salehin Pegawai Pertanian Daerah