in4  DSCN3407  in1 

 

 

Jutaan tahniah kepada Puan Katijah binti Md Yusof daripada Pejabat Pertanian Daerah Seremban di atas kejayaan menjadi JOHAN bagi Pertandingan Agen Pengembangan Kawasan Inovatif Tahun 2017 Peringkat Kebangsaan anjuran Jabatan Pertanian Malaysia.

Hadiah kemenangan beliau telah diberikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pertanian di dalam Sambutan Hari Inovasi Jabatan Pertanian Malaysia yang berlangsung pada 9 November di Dewan Besar Institut Pertanian Serdang.

Selain daripada itu tahniah juga diucapkan kepada Pejabat Pertanian Daerah Port Dickson kerana turut mengharumkan nama Jabatan Pertanian N.Sembilan kerana menduduki Top 5 dalam Pertandingan Daerah Pengembangan Terbaik Peringkat Kebangsaan.