gtn8 gtn10 gtn11

 

REMBAU, 5 NOVEMBER -  Program Gelombang Tani Nasional 2017 Peringkat Daerah Rembau telah diadakan bertempat Dewan Orang Ramai Kg. Gadong.

Pelbagai aktiviti yang dijalankan antara kursus dan hands-on Pemulihan Tanaman Dusun (Peningkatan hasil tanaman), Pemulihan Tanaman Kelapa (Peningkatan hasil) dan Seminar Pendidikan Pengguna. Disamping itu juga terdapat pameran dari jabatan serta agensi dan jualan produk pertanian

Program ini telah dirasmikan oleh YB.Brig.Jen. Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan merangkap Ahli Parlimen Rembau.Turut serta adalah En. Mat Iesak bin Ngathinee, Pengarah Pertanian Negeri, Tuan Hj Mustapa bin Umar, Pengarah Perancangan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pegawai Daerah Rembau, Encik Amino Agos bin Suyub serta Tn. Haji Norasid B. Othman, Pegawai Pertanian Daerah Rembau