Kontinjen Perbarisan Hari Kemerdekaan 2017 Peringkat Negeri Sembilan
Demi menunjukkan sokongan dan kecintaan kepada negara, sebahagian warga Jabatan telah mengorbankan masa dan tenaga untuk bersama-sama menyertai acara perbarisan sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke 60 Peringkat Negeri Sembilan di Seremban. Tahniah dan terima kasih diatas sokongan dan jasa yang telah disumbangkan. Kita Sehati Sejiwa demi tanah air kita, negara kita, demi Negaraku.