dkp3 dkp9 dkp10

 

JELEBU , 26 JUN 2020 - Majlis Pelancaran Standard Durian Kampung Premium (DKP) oleh Timbalan Menteri Pertanian I, YB Datuk Seri Hj Ahmad bin Hamzah. Turut hadir sama, Ketua Pengarah Pertanian Tuan Hj Mohd Nasir Warris.

Jabatan Pertanian telah menggariskan panduan bagi mengenalpasti DKP supaya durian ini boleh diketengahkan dan diberi perhatian agar mendapat harga yang setimpal dengan kualitinya di pasaran. 20% daripada keseluruhan kebun durian kampung di Malaysia memiliki buah durian kampung yang premium.

Antara ciri-ciri Durian Kampung Premium yang telah digariskan adalah, buah bebas daripada kecacatan dan kerosakan akibat perubahan suhu tinggi atau rendah, buah berbentuk sempurna, isi berwarna krim atau kuning atau jingga, ketebalan isi melebihi 10mm, kemanisan isi melebihi 25° Brix (Bx), isi rasa berlemak dan sedikit rasa pahit, serta berat buah melebihi 1 kg.

Tahniah Bahagian Pembangunan Industri Tanaman, Jabatan Pertanian atas pencapaian pada hari ini. Penghargaan terima kasih kepada Jabatan Pertanian Negeri Sembilan atas kerjasama dan sokongan padu dalam menjayakan majlis pelancaran dan walkabout.

malaysia
jata2
jabatan pertanian
jpa
mscmalaysia
 
moa3