cili4 cili1 cili7

 

KURSUS PENGURUSAN TANAMAN CILI FERTIGASI

REMBAU, 27 FEBRUARI 2019 - Jabatan Pertanian Negeri Sembilan telah melaksanakan Kursus Pengurusan Tanaman Cili Fertigasi pada 27 Februari 2019 di Kompleks Teknologi Pertanian Ulu Sepri (KTPUS).
Seramai 60 orang peserta telah mendapat manfaat mengenai pengurusan tanaman cili yang diusahakan secara sistem fertigasi. Kursus telah disampaikan oleh pegawai bertauliah daripada Bahagian Pembangunan Industri Tanaman Jabatan Pertanian Negeri Sembilan.