g8  g2  g7 

 

REMBAU, 30 JANUARI 2019 - Jabatan Pertanian Negeri Sembilan telah mengadakan Kursus Pembuatan Baja dan Kawalan Perosak secara Organik bertempat di Kompleks Teknologi Pertanian Ulu Sepri, Rembau.

Seramai hampir 50 orang peserta yang telah menghadiri kursus tersebut yang telah di sampaikan oleh En Asmadi, En Yusni dan Pn Azianti dari Pusat Komoditi Sendayan Jabatan Pertanian. Peserta didedahkan dengan cara-cara pembuatan Baja dan Kawalan Perosak secara Organik.