Selamat Datang Ke Laman Web Jabatan Pertanian Negeri Sembilan

             
i1 i2 i7

PORT DICKSON, 8 MAC 2021 -   Majlis Penyerahan Insentif Jaminan Bekalan Makanan Pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Negeri Sembilan telah diadakan bertempat di Tasik Villa International Resort,Port Dickson. Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun telah menyampaikan insentif kepada penerima yang layak pada tahun 2020.
 
Kesinambungan daripada insentif berkenaan, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan 5 Insentif ( 1 Insentif 2020 dan 4 Insentif Baharu 2021) yang boleh dimanfaatkan oleh para petani dan pengusaha di bawah Inisiatif Ekonomi Rakyat yang diperkenalkan di dalam Belanjawan Negeri Sembilan 2021 untuk meningkatkan lagi produktiviti dan menggalakkan aktiviti pertanian.
 
Berikut adalah insentif berkenaan:
 
1. Insentif Siswazan Tani (Insist9)
2. Insentif Petani Muda
3. Insentif Pengeluaran Agro Makanan
4. Insentif Keselamatan Makanan
5. Insentif Pembangunan Tanah Terbiar
 
Jabatan Pertanian dan lain-lain agensi berkaitan akan terus memainkan peranan untuk memastikan pembangunan pertanian di Negeri Sembilan ini dapat dipertingkatkan dan berdaya saing.

 

free accordion joomla menu

Farmers Free School(FFS) Teknologi Cantuman Durian

Lawatan kerja KPP ke Seremban

   

Program Amanat Pengarah Pertanian Negeri

September 2021
S M T W T F S
29 30 31 1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 1 2
No events
mygov2
suk2
doa2
jpa2
moa2