BAHAGIAN KAWALAN RACUN MAKHLUK PEROSAK
 

Bahagian Kawalan Racun Perosak merupakan salah satu bahagian di dalam Jabatan Pertanian yang telah diwujudkan apabila Jabatan Pertanian disusun semula pada 1 Jun 1997. Selain daripada tugas-tugas teknikal bahagian ini bertindak sebagai urusetia kepada Lembaga Racun Makhluk Perosak bagi perlaksanaan pengurusan dan kawalan racun makhluk perosak di Malaysia, seperti yang diperuntukkan bawah Akta Racun Makhluk Perosak 1974, bagi memastikan ia mematuhi polisi semasa Lembaga dan selari dengan kehendak-kehendak pengurusan bahan kimia secara lestari yang diamalkan di peringkat antarabangsa.

Objektif Bahagian Kawalan Racun Makhluk Perosak adalah untuk mengawal aktiviti-aktiviti yang melibatkan racun makhluk perosak bagi memastikan racun makhluk perosak dikawal dan diurus dengan baik selari dengan kehendak pembangunan mampan, dengan mengambil kira aspek-aspek keselamatan kepada manusia dan kesejahteraan alam sekitar melalui pelaksanaan Akta Racun Makhluk Perosak 1974.

 
   
   
malaysia
jata2
jabatan pertanian
jpa
mscmalaysia
 
moa3