BAHAGIAN BIOSEKURITI
 

 

Bahagian ini melindungi sektor pertanian negara daripada serangan dan kemerebakan penyakit dan perosak melalui khidmat perundingan serta kepakaran dan program-program kawalan dalam bidang perlindungan tanaman dan kuarantin tumbuhan.
Selain daripada itu, Bahagian ini juga menjaga keselamatan pertanian dan melindungi Negara daripada perosak asing melalui perlaksanaan penguatkuasaan Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 dan Peraturan-Peraturan Kuarantin Tumbuhan 1981 serta penguatkuasaan Akta Kastam dan CITES untuk menjaga kepentingan Negara supaya bahan tumbuhan dan janaplasma yang bernilai tinggi dari segi genetik dan komersil tidak keluar dari negara.
  • Mengawal serangan bagi mengurangkan kerugian hasil tanaman disebabkan oleh perosak tanaman
  • Menjaga keselamatan pertanian negara melalui pencegahan kemasukan dan kemerebakan perosak asing termasuk agen biotik seperti 'effective micro-organism' dan Genetically Modified Organism (GMO)
  • Mengawal pergerakan keluar bahan tumbuhan atau janaplasma yang bernilai dan berkepentingan kepada negara melalui pengeluaran Lesen Eksport dan Permit CITES bagi spesies tumbuhan yang terancam pupus.
  • Memudahkan pengimportan dan menggalakkan eksport dan eksport semula bahan-bahan pertanian melalui pengeluaran Sijil Fitosanitasi, permit import dan perkhidmatan kuarantin selepas masuk.
  • Memanfaatkan penggunaan organisma-organisma berfaedah dalam bidang pertanian dengan membangunkan dan memajukan projek-projek seperti burung pungguk jelapang dan cacing.
  • Menangani masalah semasa mengenai perdagangan melibatkan bahan dan hasil Pertanian menerusi penglibatan dalam agensi seperti International Plant Protection Convention (IPPC), Asia And Pacific Plant Protection Commission (APPPC), ASEAN Cooperation dan lain lain .

 
   
   
malaysia
jata2
jabatan pertanian
jpa
mscmalaysia
 
moa3