header website BM

                

Bahagian Padi, Tanaman Industri dan Florikultur terdiri daripada tiga (3) Seksyen iaitu :
 
i.   Seksyen Padi;
ii.   Seksyen Tanaman Industri dan Komoditi Berpotensi; dan
iii.   Seksyen Florikultur.

Antara fungsi-fungsi utama Bahagian Padi, Tanaman Industri dan Florikultur adalah seperti berikut :
 
i.   Menggalakkan pembangunan tanaman padi, tanaman industri dan komoditi berpotensi serta florikultur bagi memenuhi matlamat Dasar Pertanian Negara;
 
ii.   Membangunkan pakej teknologi dan sistem pengurusan ladang bagi tanaman padi, tanaman industri dan komoditi berpontesi serta florikultur;
 
iii.   Meningkatkan kemahiran agen pengembangan dalam aspek tanaman padi, tanaman industri dan komoditi berpontesi serta florikultur melalui latihan teknikal;
 
iv.   Memberi perkhidmatan perundingan, sokongan teknikal dan khidmat nasihat kepada golongan sasar dalam teknologi pengeluaran tanaman dan pengurusan ladang;
 
v.   Mengeluar dan membekalkan benih berkualiti dari varieti unggul (superior) bagi tujuan penanaman; dan
 
vi.   Menyediakan perkhidmatan skim pengesahan benih padi dalam pengeluaran benih padi sah.



E-Penyertaan/Suara Anda
  Polisi E-Penyertaan  
  Kalender Aktiviti  
  Maklumbalas/Pertanyaan  
  Pemohonan Mendapatkan Maklumat  
     
malaysia
jata2
jabatan pertanian
jpa
mscmalaysia
 
moa3