header website BM

                              

 Bahagian Pengurusan dan Pemuliharaan Sumber Tanah adalah salah satu daripada bahagian teknikal di dalam Jabatan Pertanian yang di pertanggungjawabkan untuk memberi perkhidmatan sokongan yang berkaitan dengan pengurusan tanah. Perkhidmatan yang diberi merangkumi aspek-aspek penyiasatan dan pengkelasan tanah, penyiasatan guna tanah, pengurusan kesuburan tanah, pemuliharaan tanah dan perkhidmatan analisis tanah, daun, air dan bahan pertanian serta baja. Bahagian ini juga adalah pemegang amanah (custodian) dalam maklumat siasatan tanah dan gunatanah untuk Semenanjung Malaysia.

  • Menjalankan penyiasatan tanah dan guna tanah seluruh Semenanjung Malaysia secara sistematik bagi membina pangkalan data tanah dan guna tanah negara.
  • Memberi khidmat nasihat teknikal pengurusan tanah dalam aspek kesuburan dan pemuliharaan tanah.
  • Memberi khidmat analisis makmal bagi sampel tanah, daun, baja dan air untuk tujuan   pengesyoran pengurusan tanah
E-Penyertaan/Suara Anda
  Polisi E-Penyertaan  
  Kalender Aktiviti  
  Maklumbalas/Pertanyaan  
  Pemohonan Mendapatkan Maklumat  
     
malaysia
jata2
jabatan pertanian
jpa
mscmalaysia
 
moa3