header website BM

                


  

Bahagian Kejuruteraan Pertanian (BKP) bertanggungjawab dalam memberi perkhidmatan teknikal dalam bidang kejuruteraan pertanian bagi mempercepatkan transformasi sektor pertanian dalam bidang mekanisasi dan automasi ladang. Pejabat BKP terletak di Kompleks Pertanian Serdang, Selangor dan mempunyai tiga (3) seksyen utama iaitu Seksyen Kejuruteraan Projek (SKP) yang memberikan khidmat sokongan teknikal kejuruteraan pertanian dalam bentuk perundingan dan nasihat dan khidmat pemantauan projek pertanian kepada Jabatan, Agensi Pertanian, Usahawan dan Petani. Seksyen Pengurusan Logistik (SPL) menyediakan khidmat sokongan logistik dan Seksyen Pembangunan Teknologi Pertanian (SPTKP) pula membangunkan serta menyesuaikan teknologi kejuruteraan pertanian untuk meningkatkan produktiviti ladang dan daya saing sektor pertanian negara.
 
Semua khidmat dapat disampaikan kepada golongan sasar melalui PKP Pedas di Negeri Sembilan.

   

Objektif

Memajukan mekanisasi pertanian ke arah pembangunan pertanian lestari dan komersial untuk pembangunan ekonomi negara.

Fungsi

  • Memberi khidmat sokongan teknikal Kejuruteraan Pertanian dalam menjayakan perancangan dan perlaksanaan projek-projek utama Jabatan Pertanian.
  • Membangun dan menyesuaikan teknologi Kejuruteraan Pertanian ke arah meningkatkan produktiviti ladang dan daya saing sektor pertanian negara.
  • Memberi khidmat perundingan dan nasihat dalam bidang Kejuruteraan Pertanian kepada Jabatan, Agensi Pertanian, Usahawan dan Petani.
  • Menyediakan khidmat sokongan logistik kepada pegawai dan kakitangan Jabatan Pertanian untuk memastikan kelancaran aktiviti Jabatan demi menjamin perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan Jabatan.
E-Penyertaan/Suara Anda
  Polisi E-Penyertaan  
  Kalender Aktiviti  
  Maklumbalas/Pertanyaan  
  Pemohonan Mendapatkan Maklumat  
     
malaysia
jata2
jabatan pertanian
jpa
mscmalaysia
 
moa3