header website BM

                         
Bahagian Hortikultur adalah salah satu daripada bahagian yang ditubuhkan di Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia.
 
Peranan utama Bahagian Hortikultur ialah membangunkan industri buah-buahan, sayur-sayuran & tanaman kontan yang merangkumi aktiviti-aktiviti pembangunan dan pemindahan teknologi pertanian, pengesyoran varieti tanaman, penyimpanan janaplasma buah-buahan & buah nadir, pembiakan benih tanaman terpilih, penyelenggaraan koleksi atau repositori klon buah-buahan berdaftar, pembangunan pusat kecemerlangan pertanian, perkhidmatan rundingan teknikal dan khidmat nasihat pemasaran kepada pelanggan. Bahagian ini terdiri daripada tiga seksyen iaitu Seksyen Pembangunan Industri, Seksyen Pembangunan Teknologi dan Seksyen Pembangunan Pusat Agroteknologi.
     

 Menggalak dan memajukan industri komoditi buah-buahan, sayuran dan tanaman kontan untuk pasaran tempatan dan eksport seiring dengan Dasar Agro Makanan (DAN).

  • Meningkatkan pengeluaran buah-buahan, sayuran dan tanaman kontan yang berkualiti, mesra alam dan selamat dimakan melalui pemindahan teknologi dan pembangunan kawasan berskala besar bagi memenuhi permintaan dalam negeri dan eksport.
  • Menggalakkan penyertaan sektor swasta dan usahawan tani dalam rantaian nilai industri buah-buahan, sayuran dan tanaman kontan secara komersil untuk meningkatkan produktiviti supaya berdaya saing di pasaran global.
  • Menggalakkan pertumbuhan industri perladangan organik untuk menghasilkan makanan bebas kimia yang dikeluarkan secara mesra alam bagi memenuhi permintaan pasaran khusus.
  • Pemuliharaan pusat aboretum dan repositori tanaman untuk menyokong pelaksanaan Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan dan memelihara sumber genetik tumbuhan supaya tidak pupus.
  • Penemusuaan antara pengeluar dengan pembekal dalam rantaian pasaran.
  • Menggalakkan amalan pertanian baik
  • Menggalak dan memastikan penggunaan varieti tanaman yang berkualiti melalui promosi varieti tanaman yang disyorkan
E-Penyertaan/Suara Anda
  Polisi E-Penyertaan  
  Kalender Aktiviti  
  Maklumbalas/Pertanyaan  
  Pemohonan Mendapatkan Maklumat  
     
malaysia
jata2
jabatan pertanian
jpa
mscmalaysia
 
moa3