header website BM

 

tm15  tm6  tm13 


REMBAU, 15 MAC 2019, - Yang Berhormat Tuan Sim Tze Tzin Timbalan Menteri Pertanian dan IAT telah melakukan lawatan kerja ke projek Cili Fertigasi dan Program Hari Bertemu Pelanggan (HBP) MOA Inc Peringkat Daerah Seremban anjuran Jawatankuasa MOA Inc. Negeri Sembilan yang diadakan di Dewan Orang Ramai Rantau, Seremban. Yang menariknya kali ini, YB Timbalan Menteri turut meluangkan masa untuk bersesi dialog bersama usahawantani Negeri Sembilan telah dilaksanakan bersekali di dalam program HBP ini.

Di dalam sesi sembang santai tersebut beberapa orang usahawantani telah mengutarakan isu/permasalahan dan cadangan berkaitan sektor pertanian. Semua isu dan cadangan telah direspon dengan positif serta terdapat beberapa daripadanya akan dibawa ke pihak atasan untuk perhatian dan tindakan Kerajaan.

Pihak Jabatan turut merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada YBhg Dato' Jamal Harizan bin Yang Razali, Ketua Pengarah Pertanian diatas kesudian melapangkan masa menghadiri program ini dan memberi sokongan walaupun didalam kesibukan jadual kerja yang padat.

E-Penyertaan/Suara Anda
  Polisi E-Penyertaan  
  Kalender Aktiviti  
  Maklumbalas/Pertanyaan  
  Pemohonan Mendapatkan Maklumat  
     
malaysia
jata2
jabatan pertanian
jpa
mscmalaysia
 
moa3