header website BM

 

14  3  8 


TAMPIN , 20 FEBRUARI 2019
- Hari Bertemu Pelanggan MOA Inc peringkat Negeri telah diadakan di Pusat Pertanian Asahan, Gemencheh. Program tersebut merupakan salah satu inisiatif Kementerian Pertanian melalui jabatan dan agensi untuk sentiasa turun padang dan bertemu dengan pelanggan dan masyarakat

Program tersebut telah menghimpunkan beberapa jabatan dan agensi antaranya Jabatan Perkhidmatan Vaterinar, Jabatan Perikanan, FAMA, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, RISDA, FELDA, Agrobank dan banyak lagi.

Antara pengisian program antaranya Pembentangan Fungsi dan Peranan jabatan dan agensi kepada seluruh Pengerusi MPPK daerah Tampin sendiri iaitu seramai 42 orang.

Tidak ketinggalan juga kursus turut diadakan seperti Kursus Penggunaan Racun Perosak yang sesuai mengikut tanaman dan juga Kursus pemprosesan pelbagai pes makanan.

 

E-Penyertaan/Suara Anda
  Polisi E-Penyertaan  
  Kalender Aktiviti  
  Maklumbalas/Pertanyaan  
  Pemohonan Mendapatkan Maklumat  
     
malaysia
jata2
jabatan pertanian
jpa
mscmalaysia
 
moa3