day1 day2
day3 day4


HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2018

Saban tahun program HPPNNS dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan dengan kerjasama penyelarasan oleh Jabatan/Agensi di dalam Portfolio Pertanian Negeri (MOA Inc). Kali ni HPPNNS menemui anda bermula pada 29 Mac hingga 1 April 2018 di SECC Senawang, lokasi yang sama diadakan pada edisi yang lalu. Majlis akan dirasmikan pada 29 Mac oleh YAB. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan.

Pelbagai aktiviti menarik disajikan istimewa untuk anda semua. Disini pihak Jabatan berkongsikan aturcara sepanjang sambutan HPPNNS tahun ini yang telah diselaraskan oleh Pertubuhan Peladang Negeri Sembilan dan LPP Negeri Sembilan.

Jabatan Pertanian sekali lagi dipertanggungjawabkan untuk mengelola Pameran Pertandingan Hasil Tanaman dan Industri Asas Tani. Saksikan pelbagai himpunan hasil tanaman dan produk yang terbaik dari seluruh pelusuk Negeri Sembilan. Selain itu, pelbagai acara lain yang diadakan diantaranya adalah pameran Jabatan/Agensi dan Swasta, Petting Zoo, pameran teknologi, foodtruck dan jualan usahawan tani.

Ayuh rancang hujung minggu anda dengan menghadiri sambutan HPPNNS ini!