g1 g4
 
g12 

 

JELEBU ,1 DISEMBER 2019 - Program Kempen Pembangunan Tanah Terbiar Peringkat Negeri Sembilan telah berjaya dilaksanakan bertempat di Kampung Gagu, Jelebu . Program ini diadakan bagi menerangkan kepentingan pembangunan tanah terbiar dan menemusuakan pemilik bersama penyewa tanah.

Program ini telah dilancarkan oleh YAB Dato' Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan. Seterusnya YAB Menteri Besar telah bertandang ke Perkarangan Rumah Adat Warisan Jumbang yang berkonsepkan elemen kebudayaan dan agropelancongan.

Sebelum program ini berlangsung , YAB Menteri Besar terlebih dahulu bersama Kumpulan Konvoi Kembara Anak Muda telah berkonvoi daripada Seremban menuju Jempol dan seterusnya singgah di Jelebu. Selepas selesai program Pembangunan Tanah Terbiar, program kembara diteruskan sehingga ke Seremban.

malaysia
jata2
jabatan pertanian
jpa
mscmalaysia
 
moa3