kcd6 kcd3 kcd8

SEREMBAN, 21 SEPTEMBER - Pejabat Pertanian Daerah Seremban telah menganjurkan kursus dan hands-on Cantuman Dewasa Durian di kebun salah seorang pengusaha bimbingan Jabatan Pertanian di Lenggeng, Seremban.

Kursus ini melibatkan seramai 30 peserta dengan objektif untuk berkongsi pengetahuan mengenai kaedah pembiakkan vegetatif yang menjadi kegilaan pengusaha durian selain perkongsian pengalaman-pengalaman pertanian kumpulan pengusaha sekitar Lenggeng.

Pihak Pejabat Pertanian Daerah ingin merakamkan penghargaan kepada Encik Basiruddin Jamari dari Pejabat Pertanian Daerah Jelebu atas kesudian melapangkan masa sebagai tenaga pengajar pada kali ini. Selamat ulang tahun kelahiran juga kepada beliau.

Semoga usaha kecil ini akan memberi manfaat kepada komuniti dan seterusnya mencapai objektif yang dinyatakan di atas.