dw1  dw9  dw18 

 

SEREMBAN, 19 JULAI 2019 - Jabatan Pertanian Negeri Sembilan telah menganjurkan Program Pesta Durian Waghih bertempat di Centerpoint Seremban bermula pada 19 Julai sehingga 21 Julai 2019.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang program tersebut antara ialah Pameran pelbagai Varieti Buah Durian, Jualan anak pokok dan buah durian, Happy Hour Durian, Pertandingan Durian Kampung Terbaik, Demo Masakan, Demo Cantuman Pokok Durian, Pertandingan memasak berasaskan durian, Pertandingan Swafoto, Kuiz, Pertandingan teka berat buah durian dan Demo durian crepe.