Seremban, 5 Mei - Medan Usahawan Industri Asas Tani dan myGAP 2017 Jabatan Pertanian Negeri Sembilan telah diadakan pada 5 hingga 7 Mei 2017 bertempat di Mydin Mall Seremban 2, Seremban Negeri Sembilan. Program ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Hj Hasim bin Rusdi, Pengerusi Jawantankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Sembilan.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah Jualan dan Promosi Produk, Treasure Hunt, Senamrobik, Live Band dan lain-lain lagi.