c6 c12 c17

 

SEREMBAN-22 MEI 2019, Deligasi dari China telah melawat ke Negeri Sembilan untuk melihat potensi perlaburan dalam sektor pertanian. Pihak dari Negeri Sembilan Investment Centre (NSIC) bersama pihak Jabatan Pertanian telah mengadakan perbincangan bersama Deligasi dari China mengenai senario pertanian di Negeri Sembilan.
Selesai perbincangan dua hala tersebut satu sesi lawatan telah diadakan di beberapa projek di sekitar Seremban antara di A Farm Agrotek, Projek Tanaman Pitaya dan Projek Tanaman Nangka sebagai gambaran ringkas mengenai projek pertanian di Negeri Sembilan.
Turut hadir dalam sesi tersebut adalah YB Tuan Haji Bakri bin Sawir, EXCO Pertanian dan Industri Asas Tani, Pengarah NSIC, Pn. Umairah binti Abu Kasim, Tim. Pengarah Pertanian dan
pegawai - pegawai dari Jabatan Pertanian dan NSIC. Diharapkan dengan lawatan kerja dari Deligasi China ini sedikit sebanyak melonjakkan industri pertanian ini di Negeri Sembilan.

 

malaysia
jata2
jabatan pertanian
jpa
mscmalaysia
 
moa3