rantau6 rantau15 rantau20

 

SEREMBAN, 20 Mac 2019-  YB Dato' Salahuddin bin Ayub, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah melakukan lawatan kerja di Kampung Siliau, Seremban. YB telah melawat Projek Ternakan Ayam Pedaging milik Leong Hup Agrobusiness Sdn Bhd dan Projek Gerak Kerja Tanam Kelapa Rendah di Balai Raya Kg Siliau. Sebanyak 2,000 benih kelapa diperuntukkan bagi Kg Siliau, Kg Linsum dan Kg Pasir yang mana ini merupakan sebahagian daripada Program Pembangunan Inisiatif Kelapa. Sebahagian pokok telah berjaya ditanam pada sebelah pagi dengan kerjasama penduduk kampung dan kakitangan Jabatan.

YB Menteri turut mengagihkan sebanyak 23,000 anak ikan terdiri daripada ikan baung, jelawat dan lampam jawa kepada wakil MPKK untuk dilepaskan ke bekas lombong bagi memperkayakan sumber perikanan darat.

Program turut dihadiri oleh YB Dato' Zulkefly Mohamad b Omar (Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan), YB Tuan Mohamad Taufek b Abd Ghani (Exco Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan N.Sembilan), YBhgia Dato' Jamal Harizan bin Yang Razali (Ketua Pengarah Pertanian), YBhgia Dato' Dr Quaza Nizamuddin bin Hassan Nizam (Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar), YBhgia Dato' Hj Munir bin Hj Mohd Nawi (Ketua Pengarah Perikanan),YBhgia Dato' Ahmad bin Ishak (Ketua Pengarah FAMA), wakil-wakil Ketua Pengarah, Ketua Jabatan/Agensi dan wakil MPKK.

Serentak bersama program ini, Program Hari Bertemu Pelanggan MOA Inc Daerah Seremban dan Kempen Pengharaman Paraquat turut dilaksanakan.

 

malaysia
jata2
jabatan pertanian
jpa
mscmalaysia
 
moa3