2 biosekuriti 14

 

REMBAU, 09 OKTOBER 2018 - Kempen Hebahan Pengawalan, Pembendungan dan Penghapusan Kumbang Palma Merah (RPW), Pengurusan Perosak Bersepadu dan Hari Bertemu Pelanggan Bahagian Teknikal Jabatan Pertanian Negeri Sembilan Di Kompleks Pertanian Chembong, Rembau Negeri Sembilan.

Program telah dilaksanakan dengan jayanya dan mendapat maklumbalas positif daripada para pengunjung. Program telah dirasmikan oleh Tuan Haji Ahmad Kamil bin Mohd Yunus, Pengarah Bahagian Biosekuriti Tumbuhan, Jabatan Pertanian Malaysia.

Objektif utama program ini diadakan adalah memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai perosak utama dalam tanaman kelapa dan kelapa sawit sekiranya tidak dikawal dengan sempurna. Di atas rasa tanggungjawab itu, pihak jabatan mengambil inisiatif untuk meningkatkan kesedaran kepada orang ramai.

Tahniah dan syabas kepada penganjur dan semua yang turut menjayakan program ini!