g2 g1 g3

 

SEREMBAN, 26 OKTOBER  - Hari Informasi Pertanian telah diadakan pada 26 Oktober sehingga 28 Oktober 2018 bertempat di Mydin Mall Seremban 2. Program ini bertemakan " Makanan Sihat, Rakyat Sejahtera" .
Perasmian Hari Informasi Pertanian yang telah disempurnakan oleh YB Tn Hj Bakri bin Sawir, Exco Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan IAT yang mewakili YAB Menteri Besar Negeri Sembilan. YB turut menyampaikan insentif Mesin Mini Pemprosesan Padi kepada pengusaha padi terpilih dan Kit Pertanian Bandar kepada Pengerusi MPKK.