Selamat Datang Ke Laman Web Jabatan Pertanian Negeri Sembilan

             

 

 geotanaman
 
SEREMBAN , 28 MAC 2022 - Program Jelajah Sistem GeoTanaman Aspirasi Keluarga Malaysia yang bermula di Negeri Sembilan adalah untuk memberi pendedahan dan pemahaman kepada usahawan tani tentang pelaksanaan Sistem GeoTanaman. Program jelajah ini akan diadakan di seluruh negeri di Semenanjung Malaysia termasuk di Wilayah Persekutuan Labuan pada tahun ini. Jabatan menyasarkan semua golongan petani yang mendapat bantuan daripada jabatan terutamanya peserta Program Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) dan insentif di bawah RMKe-12 mendaftar dalam sistem GeoTanaman. Manakala semua pemain industri dalam sektor tanaman makanan termasuklah pemborong, kedai input baja dan racun amat dialu-alukan untuk mendaftar Sistem GeoTanaman ini.
.
YBhg. Dato' Zahimi bin Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Pertanian berkata, usahawan tani diharapkan dapat menyokong dan memanfaatkan sistem ini dengan khidmat sokongan daripada Pegawai Pertanian Daerah dan Agen Pengembangan Tanaman (APT) di daerah. “Saya menyeru semua yang berada pada hari ini untuk bersama-sama menyokong langkah transformasi digital pertanian negara ini. Setiap perkara baharu yang hendak dilakukan pasti tidak akan terlepas daripada pelbagai kesukaran, namun saya yakin dan percaya ia boleh diatasi dengan segera apabila semua pihak yang terlibat memberi maklum balas atau aduan mengikut saluran yang betul dengan cara yang berhemah,” tegas beliau lagi.
.
Turut hadir pada majlis ini adalah Puan Normaizah binti Ismail @ Manaf, Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Tanah dan Encik Hisyam bin Yacob, Pengarah Pertanian Negeri Sembilan.
 

 

free accordion joomla menu
Julai 2022
A I S R K J S
26 27 28 29 30 1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31 1 2 3 4 5 6
tiada acara
mygov2
suk2
doa2
jpa2
moa2